Banyak produk aneh telah dicipta di seluruh dunia di mana tujuan utamanya adalah untuk menjadi bahan alternatif kepada produk yang sedia ada. Ianya mungkin diinovasikan menjadi lebih baik atau sebaliknya kerana penciptaan produk baru ini lazimnya melibatkan konsep try and error atau yay or nay. Oleh itu, jom kita lihat produk apakah yang sangat pelik tapi pada masa yang sama agak lawak dan kelakar untuk diguna atau dilihat.
PRODUK
PELIK TAPI LAWAK DAN KELAKAR
01. NOSE SHOWER GEL DISPENSER
Bekas tempat gel mandian ini memang unik kerana menggunakan bentuk hidung sebagai bentuk isiannya. Apabila dipicit bekas hidung mandian itu, ia akan keluar seperti hingus (gel mandian berkenaan). Kreatif kan. hihi.
02. SLEEP SAFE TAPE
Mungkin produk ini sudah ramai yang tahu. Tape yang memaparkan mata terbuka yang boleh dilekat pada waktu kita tidur ini amat sesuai digunakan ketika menghadiri ceramah atau kuliah yang menyebabkan kita rasa bosan dan mengantuk.
03. FANNY FLOSS
Jika gigi ada dental floss, bahagian lain di badan juga ada peralatan flossnya juga. Contoh seperti di bawah. Ianya sesuai digunakan for all those hard to reach areas especially when you just can't get it out any other way!
04. JAPANESE SILICONE FACE SILICON MOUTHPIECE EXERCISER
Anda inginkan bentuk mulut, dagu dan muka yang cantik serta mengagumkan ? Jadi bolehlah guna alat senaman mulut ini kerana ia akan membantu untuk menjadikan bentuk muka anda lebih runcing dan tiada lemak tersimpan di bahagian dagu jika ianya dilakukan secara berkala.
05. CHAMELEON DRESS
Pernah tengok cerita anime Naruto Shipudden dan terbaru Boruto. Dalam anime itu ada menunjukkan yang ninja boleh bertukar menjadi barang atau benda lain dengan menggunakan teknik ninjutsu mereka. Kini ninjutsu penyamaran benda dalam anime itu sudah diwujudkan secara realiti di Jepun. Contoh seperti di bawah di mana wanita itu telah berjaya menyamar menjadi Mesin Air Segera Coca Cola. Hebat kan.
Pernah tengok cerita anime Naruto Shipudden dan terbaru Boruto. Dalam anime itu ada menunjukkan yang ninja boleh bertukar menjadi barang atau benda lain dengan menggunakan teknik ninjutsu mereka. Kini ninjutsu penyamaran benda dalam anime itu sudah diwujudkan secara realiti di Jepun. Contoh seperti di bawah di mana wanita itu telah berjaya menyamar menjadi Mesin Air Segera Coca Cola. Hebat kan.
06. THE FINGER IPHONE STAND
Anda suka tengok drama online guna smartphone tapi tiada stand untuk menahan smarphone untuk berdiri ? Mungkin The Finger Stand dapat membantu.
07. BIG HAIRY FEET SLIPPERS
Anda mahu selipar anda tidak dipinjam oleh sesiapa kerana anda tidak suka kongsi selipar ? Mungkin Selipar Berbulu boleh menjadi penyelesaiannya.
08. OSTRICH PILLOW
Anda suka tidur di tempat umum tetapi segan kerana risau jika ada
orang akan melihat muka anda tengah tidur. Bantal Ostrich pastinya pilihan terbaik dan praktikal.
09. JAPANESE WALKABLE SLEEPING BAG
Anda mempunyai masalah berjalan ketika tidur ? Beg Tidur Berjalan Jepun boleh membantu masalah anda. Malah, ianya flexible untuk di pakai di mana-mana sahaja. Di dalam anime Boku No Hero Academia, cikgu dalam sekolah anime ini ada menggunakan produk ini untuk tidur. Satu lagi produk berkait rapat dengan anime telah berjaya diciptakan di alam realiti.
10. HITOROSHI ITOH GRINNING STONES
Boleh digunakan untuk mengisi benda-benda kecil atau duit syiling. Hendak kata produk ini comel tapi macam seram pun ada.
11. COLOUR ME SHAVE
Kalau anda suka krim pencukur yang fancy dan ceria, produk ini pastinya menjadi pilihan utama. Krim pencukur ini akan menjadi seakan bercahaya apabila disapukan di muka dan terdapat dalam beberapa warna cerah. Tujuan ia dicipta adalah untuk mencipta mood gembira di awal pagi ketika hendak cukur bulu di muka anda dengan melihat cahaya krim yang glowing dan berwarna-warni itu. Produk ini tidak kelakar tapi kreatif dan unik.
12. PDX PET DESIGN LICKI YOUR CAT BRUSH
Anda mahu menjilat kucing tetapi tidak tahu bagaimana? Produk ini adalah jawapannya. Penciptaan berus penjilat kucing ini memang sangat di luar kotak.
13. WHITENING TEETH ACCELERATOR HOME EDITION
Kalau anda mahu putihkan gigi dengan cara sepantas kilat di rumah, produk ini sangat sesuai dengan anda. Gigi anda akan kelihatan bercahaya dan putih menyala seperti gambar di bawah kerana ianya melibatkan pancaran cahaya LED di mulut anda.
Terima kasih sudi melawati blog Galaksi Viral. ??