APLIKASI SOSIAL MEDIA PALING BANYAK DIGUNAKAN OLEH PELAJAR UNIVERSITI TEMPATAN 2017

GALAKSI VIRAL - Era 2000 an menyaksikan penggunaan platform media sosial elektronik menjadi sangat popular dan banyak digunakan oleh pelbagai golongan masyarakat kita. Beberapa bulan lepas, terdapat suatu kajian akademik telah dilakukan oleh dua Universiti tempatan untuk mendapatkan data mengenai statistik penggunaan platform media sosial paling popular di Malaysia di kalangan pelajar Universiti Awam dan Universiti Swasta.
Menurut News Straits Times, kajian akademik ini dilakukan dan diketuai oleh Dr Julian Hopkins, Universiti Monash Malaysia dan Dr Ruth LT Ong, Universiti Malaya. Kajian ini melibatkan 422 responden yang terdiri daripada pelajar Universiti tempatan. Tempoh waktu kajian ini dijalankan di antara bulan Februari sehingga Mac tahun 2017.

Berdasarkan hasil kajian, Facebook menjadi platform media sosial paling banyak digunakan oleh pelajar tempatan iaitu sebanyak 39% (Universiti Awam) / 37% (Universiti Swasta). Tempat kedua pula ialah WhatsApp ( Universiti Awam - 36%/ Universiti Swasta - 31% ) . Dan manakala tempat ketiga pula jatuh kepada Instagram (Universiti Awam - 10% / Universiti Swasta - 14%). Penggunaan media sosial atas talian ini lazimnya digunakan oleh pelajar untuk pelbagai info samada berkaitan dengan pelajaran dan juga hal peribadi. 

Credit Picture to News Straits Times

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image, NEW STRAITS TIMES

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==