GALAKSI VIRAL - Selepas The Rock memuji Malaysia di dalam laman instagram rasmi beliau, kini, paling terbaru, penyanyi Hollywood gred A iaitu Justin Timberlake pula menggunakan nama Kuala Lumpur Malaysia tahun 2028 sebagai intro awal video muzik terbaru beliau berjudul Filthy.
Video muzik ini baru saja ditontonkan di saluran Vevo rasmi Justin Timberlake pada 4 Januari 2018. Konsep video muzik ini sangat unik kerana menampilkan robot sebagai bintang utama di dalam video ini. Intro awal video muzik ini bermula dengan satu persidangan antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia tahun 2028. Kemudian, kelihatan Justin Timberlake mempersembahkan "syarahan" @ lagu beliau dengan memperkenalkan robot manusia di mana Justin mengawal pergerakan robot itu secara wireless. Macam-macam pergerakan robot itu lakukan sehingga para penonton rasa teruja melihatnya.
PAN-ASIAN DEEP LEARNING CONFERENCE
KUALA LUMPUR, MALAYSIA
2018
Printscreen Video Muzik Terbaru Justin Timberlake
Sangat jarang artis gred A Hollywood mahu menggunakan nama Malaysia di dalam video muzik mereka. Ini adalah kerana majoriti masyarakat antarabangsa lebih mengenali Thailand, Singapura dan Filipina berbanding Malaysia. Walaupun judul lagu ini Filthy, tapi intro awal yang menampilkan persidangan intelektual di Kuala Lumpur ini boleh dibanggakan juga. Industri robotik tempatan semakin menunjukkan perkembangan positif di Malaysia. Mungkin kehadiran robot di dalam video muzik ini memberikan gambaran awal yang Malaysia boleh menjadi hub utama pendidikan dan perkembangan industri robotik di rantau Asia Pasifik pada masa akan datang. Sama-samalah kita nantikan. Jom tonton video muzik terbaru Justin Timberlake di bawah.
Video Muzik Terbaru Justin Timberlake
(Klik Untuk Menonton)
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Robot Justin Timberlake.
Sumber : YouTube Channel