GALAKSI VIRAL - Filem Korea paling laris tahun 2017 iaitu Along With The Gods : The Two Worlds telah mencetuskan fenomena hebat di seluruh dunia apabila filem ini menjadi filem kedua paling laris dalam sejarah perfileman Korea sepanjang masa. Filem ini sudah mencapai kutipan lebih US$ 103 juta di seluruh dunia. Manakala di Korea Selatan pula, filem ini telah berjaya mendapat kutipan tiket sebanyak 14,355,786 dengan anggaran lebih 10 juta orang menonton filem ini. Filem ini juga berjaya menjuarai carta Filem Box Office Malaysia pada hujung bulan Januari yang lepas.
Filem ini berkonsepkan drama fantasi yang menyentuh isu hal kekeluargaan dan perjalanan roh ke alam kematian. Ianya adalah adaptasi daripada webkomik milik Joo Hoo-min. Filem ini ada dua bahagian. Bahagian pertama iaitu Along With The Gods : The Two Worlds sudah ditayangkan pada 20 Disember 2017 yang lalu. Bahagian kedua filem ini akan menyusul pada tahun ini dengan judul Along With The Gods : The Last 49 Days. Antara pelakon hebat di dalam filem ini ialah Ha Jung-woo, Cha Tae-hyun (pelakon filem Hello Ghost), Ju Ji-Hoon, Kim Hyang-gi, Lee Jung-jae dan Kim Dong Wook. Jom kita baca sinopsis di bawah. (Spoiler Alert)
Filem ini berkonsepkan drama fantasi yang menyentuh isu hal kekeluargaan dan perjalanan roh ke alam kematian. Ianya adalah adaptasi daripada webkomik milik Joo Hoo-min. Filem ini ada dua bahagian. Bahagian pertama iaitu Along With The Gods : The Two Worlds sudah ditayangkan pada 20 Disember 2017 yang lalu. Bahagian kedua filem ini akan menyusul pada tahun ini dengan judul Along With The Gods : The Last 49 Days. Antara pelakon hebat di dalam filem ini ialah Ha Jung-woo, Cha Tae-hyun (pelakon filem Hello Ghost), Ju Ji-Hoon, Kim Hyang-gi, Lee Jung-jae dan Kim Dong Wook. Jom kita baca sinopsis di bawah. (Spoiler Alert)
SINOPSIS
Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Kim Ja-Hong (Cha Tae-hyun) yang bekerja sebagai ahli bomba telah mati ketika bertugas kerana menyelamatkan seorang mangsa kebakaran di tempat kejadian. Beliau meninggal dunia kerana beliau melompat dari satu tempat yang amat tinggi sehingga terjatuh mati di bawah lantai bangunan tempat terbakar itu. Selepas beliau tersedar, beliau ingatkan beliau masih hidup. Namun beliau berasa pelik kerana tiada siapa yang menyedari kehadiran beliau di kawasan kebakaran itu.Pada masa itu, beliau perasan hanya ada dua orang yang memerhati beliau dari jarak sederhana iaitu seorang lelaki dan seorang wanita muda. Nama lelaki dan wanita muda itu ialah Hae Won-mak (Ju Ji-hoon) dan Lee Deok-choon (Kim Hyang-gi). Mereka memberitahu Ja-hong yang dia sudah meninggal dunia dan mereka berdua merupakan Tiga Pelindung Alam Baka yang akan menjadi peguam bela kepada roh Ja-Hong dalam menghadapi tujuh perbicaraan alam baka selama 49 hari sebelum Ja-Hong dilahirkan semula melalui proses reinkarnasi. Deok-choon juga memberitahu yang roh Ja-hong adalah roh mulia kerana banyak membuat kebaikan di dunia dan ini akan memudahkan mereka menghadapi kesemua perbicaraan itu nanti. Seorang lagi Pelindung Alam Baka yang tiada di situ iailah Gang-rim (Hang Jung-woo). Gang-rim akan pergi ke tempat pengebumian mayat Ja-hong. dan kemudiannya akan berjumpa dengan mereka yang lain di Gerbang Akhirat. Ja-hong yang masih dalam kebingungan itu menjerit yang beliau tidak boleh mati kerana belum berjumpa dengan ibu beliau. Tiba-tiba, beliau terus ditarik ke dalam satu alam lain iaitu ke Gerbang Akhirat.
Kim Ja-Hong - Roh Mulia
Gang-Rim - Ketua Pelindung Alam Baqa
Di dalam Gerbang Akhirat, terdapat satu pintu purba yang merupakan entri utama untuk memasuki ke alam perbicaraan bagi si roh mati. Untuk melepasi pintu ini, perlu ada satu tiket bagi si roh mati. Untuk kes Ja-hong, beliau mempunyai tiket Roh Mulia. Hae Won-mak memberitahu Ja-hong yang Gang-rim sudah berjaya meyelesaikan reinkarnasi untuk 47 roh sejak 1 abad yang lalu. Pelbagai situasi Ja-Hong dan para Pelindung Alam Baka arwah perlu lalui dalam menghadapi mahkamah perbicaraan roh di alam baqa. Yang positifnya, Ja-hong berjaya melalui lebih separuh perbicaraan untuk roh mati itu dengan bantuan daripada Pelindung Alam Baqa. Tetapi jauh di sudut hati Ja-hong, beliau rindu dan ingin sangat berjumpa kembali dengan ibu dan adiknya di alam nyata tetapi apakan daya, beliau pada ketika itu sudah mati di alam nyata.
Lee Deok-choon - Pembantu Pelindung Alam Baqa
Hae Won-mak - Pembantu Pelindung Alam Baqa
Dong Wong-yuen - Junior Kim So-hong
Lee Joon Hyuk - Rakan Kim So-hong
Dong Wong Juen Tidak Menyedari Roh Kim So-hong Berada Di Belakangnya.
Kenapa Ja-hong melarikan diri daripada rumah ? Sebenarnya, Ja-hong berasa kesal teramat sangat kerana pernah cuba untuk bunuh ibu dan adik beliau sewaktu beliau masih kecil dahulu. Ibu dan adiknya itu mengalami masalah kesihatan yang agak teruk. Ja-Hong berpendapat lebih baik jika mereka semua mati daripada menanggung bebanan kemiskinan keluarga mereka ketika itu. Sewaktu Ja-Hong mahu menekup muka ibunya yang tengah tidur dengan bantal, adik beliau iaitu Soo-hong terjaga dan merayu jangan melakukan perkara itu. Ja-hong pada masa itu sebenarnya teragak-agak untuk menekup muka ibunya dengan bantal kerana tidak sanggup kehilangan ibunya juga. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membelasah adiknya Soo-hong sehingga adiknya mengalami kecederaan yang agak sederhana. Selepas itu, Ja-hong nekad lari daripada rumah kerana kesal dengan perbuatannya dan berjanji yang beliau akan hidup untuk membantu ibu serta adiknya dengan memberikan pelbagai bantuan kewangan kepada keluarganya selagi beliau terdaya.
Putaran Alam Antara Dua Dunia Berbeza Terbuka
Salah Seorang Dewa di Neraka.
Gang-rim bersama Roh Kim Soo-hong Yang Diikat
Wajah Kim Soo-hong yang menjadi Roh Tidak Aman di Alam Dunia.
Ibu roh Ja-hong dan Soo-Hong. Wajah sedih beliau apabila mendapat tahu anaknya Soo-hong turut meninggal dunia seperti Ja-hong melalui mimpi beliau.
REVIEW :
Rasanya ini kali pertama GV tengok filem Korea yang menceritakan perjalanan roh ke alam baka. Semua pelakon di dalam filem tidak kira watak utama atau watak kecil berjaya memberikan impak lakonan yang sangat hebat. Walaupun filem ini mempunyai durasi tayangan lebih dua jam, namun setiap minit di dalam filem ini sangat berharga dan jalan ceritanya juga fast-moving serta tidak meleret. Ada banyak adegan drama yang bersulamkan momen sedih dan komedi yang pastinya akan menyentuh jiwa dan perasaan para penonton. Adegan keadaan di neraka kelihatan mengerunkan juga dengan teknik CGI yang sangat mantap dan terbaik. Begitu juga, adegan ketika Gang-rim mengejar So-Hong di dunia nyata yang tidak ubah seperti menonton anime Bleach di mana Shinigami mengejar Hollow dengan kelajuan yang sangat hebat. Sudah lama GV tak menonton filem Korea sehebat ini. Kali terakhir pun filem Train To Busan. Ada suprise di hujung filem ini iaitu ada watak abang perkasa di dalam filem Train To Busan muncul di dalam filem ini. Tidak sabar nak tunggu sambungan filem ini nanti. Memang best dan terbaik.
GVMETER : 90/100
??????????
(TERBAIK)
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber : Malay Mail, Google Image