Ibu durjana 'jual' anak jadi hamba S3kS


JOHOR BAHRU: Kegiatan terkutuk seorang ibu yang sanggup memperdagangkan dua anak perempuannya kepada lelaki warga negara asing untuk melakukan kegiatan seks terbongkar selepas ditahan polis.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata wanita warga tempatan berusia 39 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Senai, Kulai pada Rabu lalu dan polis hari ini sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek untuk membantu siasatan.
Katanya, suspek dikatakan 'menjual' anak perempuannya berusia 10 dan 8 tahun dengan meninggalkan mangsa di hotel bersama tiga lelaki disyaki warga Bangladesh.
"Suspek mengaku mengenali tiga lelaki Bangladesh yang merupakan suspek dalam kes yang disiasat dan mengaku membawa kedua-dua anak perempuanya di sebuah hotel bajet di Larkin Perdana, setiap Jumaat hujung minggu sejak sebulan yang lalu.
"Mangsa akan ditinggalkan di bilik hotel dengan lelaki war asing itu dan wanita berkenaan akan tidur di bilik lain.
"Wanita berkenaan akan menerima bayaran RM50 setiap kali suspek tidur bersama mangsa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penghargaan pencegahan jenayah kecurian kabel anjuran Telekom Malaysia Bhd (TM) Johor di sini, hari ini.
Mohd Khalil berkata, kedua-dua mangsa sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mereka.
"Mangsa juga dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 dan 376 Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran serta merogol gadis bawah umur selain Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
"Suspek dipercayai ibu tunggal kerana sudah bercerai dan terputus hubungan dengan bekas suaminya selain sering ke rumah seorang daripada lelaki warga asing yang merupakan pasangan kekasihnya sudah hampir lapan tahun," katanya.

sumber : https://www.bharian.com.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==