Perseid ialah nama kepada hujan meteor lebat di mana ia sedang berlaku sekarang di antara tarikh 17 Julai sehingga 24 Ogos 2017. Waktu puncak pancuran meteor ini akan berlaku pada 12 Ogos 2017 ini di bahagian Barat. Hujan meteor ini selalunya dikaitkan dengan komet Swift-Tutle. Komet Swift-Tuttle dikatakan objek angkasa paling besar dan paling kerap melintasi planet Bumi kita. Pancuran hujan meteor ini dinamakan sebagai Perseid adalah kerana titik kemunculannya terletak di buruj Perseus dan Perseid itu sendiri adalah nama anak Dewa Greek Perseus. Hujan meteor ini dapat dilihat seakan satu aliran puing-puing di mana ia berada dalam keadaan mengunjur di sepanjang orbit komet Swift-Tuttle.
Pancuran meteor Perseid ini dikatakan sudah dicerap hampir 2000 tahun lamanya. Ianya kerap berlaku setiap tahun di dalam pertengahan bulan Julai dan memuncak di antara tarikh 9 Ogos hingga 14 Ogos bergantung kepada tempat munculnya meteor tersebut. Pancuran meteor boleh dililihat di mana-mana sahaja kawasan lapang di planet ini tetapi ianya akan lebih jelas kelihatan jika berada di Hemisfera Utara kerana itu adalah laluan utama komet Swift Tuttle.
Menurut Agensi Angkasa Negara, Malaysia boleh melihat fenomena ini pada jam bermula 12.30 pagi pada tarikh 13 Ogos 2017. Oleh itu, kepada sesiapa yang stay up malan itu nanti, bolehlah tengok di langit nanti ada tak hujan meteor ini berlaku.
Di bawah ada waktu dan tarikh untuk kita lihat komet ini bergerak di kawasan Malaysia. Jika mahu set kawasan untuk tahu bila jam dan kedudukan azimuth komet ini, bolehlah klik link ini > Time&DateMeteorShower2017
Di bawah ada waktu dan tarikh untuk kita lihat komet ini bergerak di kawasan Malaysia. Jika mahu set kawasan untuk tahu bila jam dan kedudukan azimuth komet ini, bolehlah klik link ini > Time&DateMeteorShower2017
Jadual Arah Untuk Melihat Hujan Meteor Perseid 2017
Credit to timeanddate.com
Hujan Meteor Perseid.