KHASIAT IKAN KELI YANG BAIK UNTUK MANUSIA

Ikan Keli amat popular di Malaysia kerana keenakan rasa ikan itu sendiri. Selalunya  ikan  keli dimasak dalam pelbagai bentuk hidangan seperti ikan bakar, ikan goreng, masak kari dan banyak lagi. Harga ikan keli yang lebih murah daripada ikan lain juga menjadi faktor utama kenapa ia selalu menjadi pilihan utama di kalangan pembeli ikan tempatan. Antara khasiat yang boleh diperolehi ikan keli ialah :

  • Mengandungi kandungan Omega-3 yang baik untuk masalah kemandulan, merawat kanser awal dan menyuburkan rahim
  • Mengurang risiko penyakit barah dan jantung
  • Mengandungi kandungan DHA yang baik untuk pertumbuhan otak dan perkembangan kanak-kanak
Walaupun ikan ini mempunyai banyak khasiat kepada kita, namun, ada juga sesetengah orang yang mempunyai alahan kepada ikan keli kerana pelbagai faktor. Oleh itu, pastikan kita membeli dan memakan ikan keli yang diyakini bersih dan halal agar kesihatan kita terjamin. InsyaAllah. Aamin. 


Sumber : Google 
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==