Pernah dengar lagu kucing versi opera klasik ? Vokal kucing seperti vokal soprano? Kalau belum pernah dengar, mungkin anda teringin tahu bagaimana bunyi lagu ini kan. Lagu kucing ini dinyanyikan oleh dua orang penyanyi muda yang hanya menggunakan lirik Miau sahaja tetapi melodi lagu ini sangat unik dan hebat. Sebenarnya lagu ini sudah wujud sejak kurun ke 18 lagi. Dengan hanya menggunakan lirik Miau, kemantapan vokal kedua-dua budak muda ini sangat terserlah dan seluruh penonton rasa terhibur. Jom tonton video di bawah. Paling best minit ke 1.38 di mana hampir seluruh tetamu ketawa dan kagum dengan vokal mereka.
Video Persembahan
Miau Miau Miau (Duetto Buffo Di Due Gatti)
Seoul, Korea Selatan 1996
Nama kumpulan koir di dalam video atas adalah Les Petits Chanteurs a la Croix de Bois (PCCB). Nama lain bagi kumpulan ialah The Little Singer Of Paris dan French Christian Boy Choir. Kumpulan koir ini sangat popular di Perancis. Nama penyanyi muda berambut blonde itu adalah Hyacinthe de Moulins. Manakala nama penyanyi muda rambut gelap itu pula adalah Regis Megus. Lagu ini berjudul Duetto Buffo Di Due Gatti yang bermaksud Humorous Duet For Two Cats. Lagu kucing ini sudah wujud sejak tahun 1825 lagi di mana lagu ini terhasil daripada inspirasi opera Othello oleh komposer ternama Itali iaitu Gioachino Antinio Rossini. Lagu ini juga kerap dinyanyikan oleh penyanyi opera klasik sejak dahulu lagi sehingga kini. Mungkin bagi peminat lagu opera klasik, lagu kucing ini tidak lagi asing bagi mereka. Video persembahan di atas adalah video konsert mereka di Korea Selatan pada tahun 1996.
Sumber Rujukan :