SUSHI PALING DIGEMARI DI MALAYSIA

Makanan Jepun memang selalu dikaitkan makanan yang unik dan segar. Di Malaysia, makanan sushi mula popular di kalangan rakyat Malaysia sejak pertengahan era 90 an lagi kerana konsep makanannya yang mudah, segar dan eksotik.

Sushi Kucing

Secara asasnya makanan sushi ini melibatkan nasi putih yang dimasak bersama cuka nasi sushi di dalam periuk nasi. Ianya kelihatan seperti nasi pulut tapi hakikatnya ianya bukan nasi pulut. Nasi sushi ini akan diproses menjadi satu bentuk silinder pendek dan dibalut dengan rumpai laut yang dipanggil Nori. Kemudiannya di atas nasi sushi ini akan diletak samada ikan salmon, crab stick, ayam goreng, sotong dan banyak lagi untuk dijadikan satu hidangan lengkap. Lazimnya ia dimakan dengan wasabi atau soy sauce.

Bila sebut wasabi. pernah tak anda membuat wasabi? GV pernah beberapa kali membuat wasabi. Caranya senang sahaja. Serbuk wasabi itu dicampur dengan air yang sudah disukat mengikut ukuran tertentu dan dikisar bersama dengan menggunakan mesin pengisar. GV pernah terlupa sekali  untuk memakai topeng muka ketika hendak mengisar wasabi. Akibatnya mata GV berair, pedih tekak, hidung dan asyik batuk sebab tak tahan bau kepedihan wasabi itu sendiri. Tahap kepedihan menusuk kalbu bau wasabi itu lebih dasyat daripada rasa pedih potong bawang atau potong lada merah. Satu pengalaman yang tidak dilupakan. Tapi itu adalah cara membuat wasabi beberapa tahun lepas. Zaman sekarang GV tidak pasti jika ada cara lebih mudah menghasilkan wasabi itu di restoran Jepun kini. 

Berbalik kepada makanan Jepun tadi, GV suka sangat makan Chigiri Age (kek ikan) dan Tori Karaage (atas nasi sushi ada ketulan kecil ayam goreng bersama sedikit mayonis). Memang sedap. 
Oleh itu, jom kita  lihat sushi apakah lagi yang sedap dan popular di Malaysia. ini. 


 MAKANAN SUSHI 
PALING POPULAR DI MALAYSIA


01. KANIKAMA 

Sushi ini paling digemari oleh orang Melayu Malaysia. Bahan utama sushi ialah nasi sushi, rumpai laut, wasabi disapukan pada bebolah nasi dan crab stick. 


02. KANIKAMA MAKI
Jika terjumpa dalam menu Sushi tulis perkataan MAKI kat belakang, maknanya sushi itu dibuat menjadi gulungan sushi. Macam Kanikama Maki adalah bahan yang sama seperti kanikama. Bezanya ialah bentuk fizikal itu sahaja yang berbeza.


03. KANIKAMA MAYO 
Kanikama Mayo ialah crab stik yang sudah dihiris kecil (sudah siap dalam bungkusan belian) dan dicampurkan dengan mayonis. Kanikama itu ialah sushi crabstik. Mayo pula ialah mayonis. Bahan campuran diletakan dalam satu bentuk sushi seperti di atas.


04. EBIKKO
Yang ini selalunya Chinese Malaysia suka makan dan beli. Warna merah itu adalah telur udang. Tetapi sekarang kebanyakan kedai sushi jual Tobikko iaitu telur ikan.


05. SAKE 
Salmon Sake ialah sushi Salmon. Yup, salmon ini mentah tapi sudah diproses dengan baik sebelum diletakkan di atas nasi bebola sushi itu. 


06. TUNA MAYO 
Tuna Mayo ialah tuna yang dicampur dengan mayonis. 


07. TORI KARAAGE
Yang ini boleh dibuat di rumah sahaja. Tori Kaarage ini ialah sushi ayam goreng yang lazimnya diletakkan mayonis di atasnya.


08. CHIGIRI AGE 
Kalau tidak silap GV, Chigiri Age ini bebola ikan campur sayur. 


09. KAPPA MAKI


Kappa adalah timun. Jadi Kappa Maki ini ialah gulungan sushi timun. Selalunya letak bijirin kat atas timun itu sebelum digulung dengan menggunakan Maki (alat gulung sushi)

10. UNAGI 
Unagi ialah belut. Jadi di atas adalah sushi belut. 


11. EBI 
Ebi ialah udang. Ebi di dalam gambar adalah mentah tetapi sudah diproses dan bersih. Jadi sushi di atas adalah sushi udang.


12. EBI TEN 
Ebi Ten ialah sushi udang yang digoreng.


13. EGG MAYO
GV pernah buat Egg Mayo ini. Tapi GV sudah lama apa resepi telur hancur ini. Cecair kuning di atas ialah telur hancur yang dikisar dan dicampur dengan beberapa bahan lain. Warna merah pula ialah telur udang. 


14. TAMAGO 
Tamago ini ialah telur yang diproses bersama bahan tertentu dan dibekukan di dalam peti ais jadi bentuk macam di atas. GV dah lupa resepi Tamago ini. huhu. 


15. INARI
Inari ialah macam tauhu kering. Nasi sushi diletakkan di dalam Inari ini.

16. KANITAMA MAKI

Kanikama (crab stick) + Kappa (timun) + maki (gulungan sushi) = Kanitama Maki. Lazimnya mayonis disapukan di atas sushi ini. 


17. EBITEN MAKI 
Ebiten (udang goreng) + Maki (gulungan sushi) = Ebiten Maki


18. CALIFORNIA MAKI
California Maki memang sangat popular di kalangan penggemar makanan sushi Malaysia. Bahan di dalam sushi ialah udang goreng, timun, atau apa-apa yang anda mahu letak. Bezanya kat luar sushi ini ada serbuk Ebikko atau Tobikko. 


19. GOLDEN BALL
Telur rebus yang digoreng menggunakan bancuhan istimewa. Kemudian dibelah dua dan diletakkan Kanimayo di atas telur rebus goreng ini beserta dengan mayonis sekali. Memang sedap.


20. CALIFORNIA TEMAKI
Gabungan bahan seperti timun, crabstick, tamago etc dan digulung seperti bentuk aiskrim. Jadilah California Temaki.


21. CHUKA IDDAKO
Sotong kecil-kecil yang dicampur serbuk bijirin. 


22. EDAMAME

Edamame ialah kacang soya muda yang sudah diproses bersih dan boleh dimakan.


23. SASHIMI 
Multiple sushi in one plate. 



Sushi Kucing. Meowwwwww. 

P/S : Menu sushi kerap berubah dan sentiasa ada inovasi baru di dalam resepi mereka. Mungkin ada sushi di atas agak ketinggalan dari sudut persembahannya. Tapi takpelah, yang penting kita enjoy the food right. Peace yaaaw
??


Sumber : Google Image. 



close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==