PRODUK COSMODERM SESUAI UNTUK LELAKI KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT

Rasanya produk Cosmoderm ini memang sangat popular kan di kalangan rakyat Malaysia kan. Bagi GV, selain produk muka Vaseline (pengeluaran pelembap muka Vaseline macam dah tak keluar kan ??), produk Cosmoderm adalah produk paling terbaik sekali untuk digunakan oleh orang yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Terutama sekali untuk lelaki yang mempunyai masalah ini di kulit muka mereka. 

Ini adalah berdasarkan pengalaman GV sendiri. Beberapa tahun yang lalu, GV pernah cuba satu produk X ini. GV beli satu set trial pencuci dan pencerah kulit muka mereka untuk tengok kesesuaian kulit okey ke tak. Kesannya, kulit GV tidak sesuai dengan produk X itu kerana ianya menyebabkan kulit muka GV jadi kering, kusam  dan ada tinggal kesan-kesan hitam seolah-olah macam lebam. GV sendiri gerun nak tgk muka GV masa itu. Oleh itu, GV pergi jumpa doktor dan diberikan ubat untuk sembuh kulit muka. GV tak ingat ubat yang lain tapi GV paling ingat krim muka yang diletakkan dalam bekas kecil putih. Baunya mmg wangi. GV pakai krim muka itu tak sampai seminggu kulit muka dah okey. Memang syukur alhamdullilah sangat. Lepas itu, GV pergi balik kat klinik itu dan kata nak lagi krim muka itu sebab macam sesuai dengan kulit GV. Petugas kat klinik itu pun bagitahu GV yang krim itu adalah krim vitamin E Cosmoderm. Lepas itu, GV pun pergilah ke farmasi beli Vitamin E Cosmoderm itu. Sejak hari itu, GV rasa bersyukur sangat sebab dah jumpa produk yang sesuai dengan kulit GV. 

Kulit GV ini jenis berminyak dan cepat naik jerawat kalau tidur lambat. Jadi untuk kulit macam GV ini, produk yang sesuai ialah produk Cosmoderm Tea Tree Oil. GV hanya pakai tiga item saja iaitu Tea Tree Oil Cleanser, Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion dan Tea Tree Day & Night Moisturiser. Cukup pakai tiga benda ini sudah boleh buat kulit kita segar dan bersih. Jika sesiapa dah cuba macam-macam produk tapi still tak jumpa yang sesuai dengan kulit, mungkin anda boleh cuba produk ini. Tapi tiga alat cuci muka GV sebut tadi itu hanya sesuai untuk lelaki atau wanita  yang mempunyai kulit berminyak sahaja. Kalau kulit kering, ada set yang lain pula. 

Pakai produk kecantikan muka ini ibarat guna konsep Try & Error. Kita tidak boleh anggap semua produk itu sesuai dengan kulit muka kita. Mungkin ada yang sesuai dengan orang itu tapi tidak  semestinya sesuai dengan kita. Ianya bergantung kepada bentuk keperluan dan kesan penerimaan produk itu kepada tubuh fizikal si pemakai itu. 

Buat masa ini, apa yang boleh GV katakan, syukur alhamdullilah, produk Cosmoderm mmg sesuai dengan kulit muka GV. Dulu Vaseline ada keluarkan produk pelembap muka  utk lelaki  tapi sekarang dah tak keluar dah. Produk itu pun bagus juga. Jadi, seperti GV katakan tadi, kalau ada lelaki dah puas cuba macam2x produk tetapi masih tidak sesuai dengan kulit muka mereka, mungkin anda boleh cuba produk Cosmoderm ini pula. Mana tahu kut-kut berkesan ke. Dan lagi satu, harga produk Cosmoderm ini pun sangat berpatutan dan berbaloi untuk dibeli. Terima kasih Cosmoderm. ??

Pencuci Muka Tea Tree Oil.

Losyen Toner Tea Tree Oil

Krim Pelembap Muka Siang Dan Malam Tea Tree Oil


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Pengalaman Sendiri, Cosmoderm & Google Image


close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==